Want your
own Fotopage?







 
matadewa
.写真だけでなく。。
By: nasir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Jun-2009 16:42 Email | Share | | Bookmark
English Garden,Okayama.......

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 10 photos...
xtau nk tulis pe..tgk gmbo dulu je la...haha

ade bnyk lg..tp sbb mls upload...

salam..cantik jgak taman ni..close up mmg cantik.. Sun 14-Jun-2009 14:11
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
pandainya adik aku amik gambaq.....
post la lagi...
Wed 19-Aug-2009 06:22
Posted by:kakwa anjawani@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 6-May-2009 04:11 Email | Share | | Bookmark
masjid kobe,walimatul urus dan sekitar kobe..

 
 
 
 
 
 
View all 13 photos...
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
ar-rum ayat 12

1) mabruk 4 tom n wife yg telah melaksanakan ibadah nikah,jalan di mana dibuka pintu halal yg diredhai allah,memetik hadis ke 6 kumpulan imam nawawi;

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

bagi yang belum melaksanakan ibadah ini,tapi dirinya ingin,berhajat..tapi dlm fikirannya soal "duit,belajar,keluarga,itu,ini"...ini coretan Fadlan Al-ikhwani dalam karyanya

ketika mencintai,tak bisa menikahi
persembahan terindah
bagi yg ingin mengungkapkan cintanya untuk menikah
namun masih ragu untuk melangkah
juga bagi yang telah siap menikah
namun belum berhasil menembus pintu khitbah

DON'T CRY....

2)peluang berada di masjid kobe,satu2 bangunan yang tetap utuh bila mana yang lain rebah dibom tika perang dunia kedua..lambang kebesaran Allah......moga2 berpeluang lagi menjejak kaki ke sana...


lawa gambar. coretan kata2 pun sangat menarik. tak sangka nasir jenis yang pandai bersastera juga selain berseni dgn camera dslr. Wed 6-May-2009 06:29
Posted by:nadiah  - [Link]
Add comment


Saturday, 11-Apr-2009 09:54 Email | Share | | Bookmark
LENSA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN...

 
 
 
View all 10 photos...
BACA SEDIKIT,WALAUPUN PENING... AGAR OBJEKTIF TERAKHIR YG INGIN DISAMPAIKAN DIBAWAH DAPAT DIFAHAMI...
Filter nd8.
situasi:
gambar air,sungai,air terjun yang sedang bergerak hendak diperlahankan,menimbulkan kesan berais,berombak serta gebu(ayat sdikit sastera)
masalah:
kelajuan shutter perlu diperlahankan untuk menimbulkan kesan gerak perlahan,tetapi kesannya cahaya yang terlalu banyak masuk dan mengakibatkan imej menjadi terlalu terang sehingga hilang data2 imej..jadi kesan yang diingini gagal diperoleh..
penyelesaian:
penggunaan filter 'neutral density' atau nd..dari rangkaian nd2,nd4,nd8 sama ada cap kenko bagi kualiti gambar memuaskan(rm100++) disamping harga berpatutan,atau marumiya bagi bajet rendah(rm80++) mahupun hoya bagi yang berbajet lambak...(rm200++)mampu mengurangkan kemasukan cahaya,sekaligus menyeimbangkan kelajuan shutter,bukaan lensa(aperture),keseimbangan tona putih(white balance) dan lain2...
masalah seterusnya:harga tidak munasabah

lensa tetap 50mm...
penggunaan:
mendapatkan imej yg persis(sharp) seakan akan mata manusia melihat kerana lensa tetap 50mm mempunyai magnifikasi pembesaran serta fokus mirip mata manusia
masalah::
kamera refleks kanta tunggal(slr) mempunyai 3 format mengikut saiz rangka sensor(sensor frame)..1)35mm iaitu rangka penuh(full frame) 2) 1.5@1.6 faktor pemotongan(cropping factor) dan 3)3/4 format
lensa 50mm hanya berfungsi optimum bila menggunakan kamera sensor rangka penuh,dimana harga kemera ini sahaja mencecah rm10,000 dan maksimum rm28,000...maka modal amat tinggi untuk hobi ini..sebaliknya jika menggunakan kamera format ke(2)..jarak fokus lensa bertukar menjadi lingkungan 85mm...menjadikan kesan magnifikasi mata kurang terhasil



[b]MATA DARI ALLAH:
kesan:MENAKJUBKAN,KELAJUAN FOKUS DAN ZOOM SEPANTAS KILAT!!,KEKABURAN IMEJ AKAN DIPERBAIKI SERTA-MERTA MALAH JARAK OBJEK MAMPU DIANGGARKAN!!TIDAK PERLU PENAMBAHAN ATAU PENGURANGAN LENSA,FILTER,CAHAYA,SEMUA DIPERJALANKANNYA DENGAN KUASANYA,DENGAN OTAK,NEURON,SARAF MENJADI ASBABNYA!!
masalah:hanya manusia sendiri yang menibulkan masalah dan menzalimi lensa terbaik di alam semesta ini....



....objektif.....
smpai sekarang,manusia tetap dan akan terus mustahil mencipta lensa sekecil namun sehebat mata...lensa yang terhebat ciptaan manusia berharga rm120,000..sedangkan mata kita diperoleh secara percuma...subhanallah...

jadi...sehingga sekarang,apakah nilai yang telah anda bayar untuk sepasang mata.....??renung2kan...

''Dan jika kamu mengiginkan Allah dan rasul serta hari akhirat,maka sesungguhnya Allah menyediakan pahala yang besar bagi siap yang berbuat baik di antara kamu"
Al-Ahzab(29)...



sugoi! lawa gmbar!!
hmm..tp memang apa yg dtg dr Allah tu lbeh2 sugoi tahap dewa punye atas punye tingi x trucap dek kata
Sat 11-Apr-2009 11:45
Posted by:huda saidatina_alhud@yahoo.com
slalu aku tlepas menda2 pringatan cmnih...dok ingat invention manusia ja.invention Allah kpada manusia aku lupa...ssungguhnya Allah itu Maha Pemurah lg Maha Penyayang. Rahmat Allah xpnah ptuih kt aku ni tp aku slalu lupa... 0) Thu 21-May-2009 15:51
Posted by:Faisal cutlersystem@gmail.com
Add comment


Wednesday, 8-Apr-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
MUHASABAH DIRI...

''Sungguh,Tuhanmu maha halus ampunannya.Dia mengetahui tentang kamu,sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu.Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci."

sedikit petikan dari surah An-najm(32)

..... petikan hadis ke-4 kumpulan hadis 40 dari imam Nawawi...yang menyatakan bahawa apabila anak adam itu dilahirkan telah ditentukan 4 perkara iaitu rezekinya,ajalnya,amal baiknya dan amal buruknya.....

2 petikan diatas jelas menunjukkan aku sebagai hamba Allah yang biasa,telah terjamin tidak terlepas dari melakukan dosa...maka mungkin hari ini aku elok amalnya,esok lusa mungkin aku banyak mungkarnya...
namun Allah berfirman dalam Al-quran yang menyuruh kita agar jangan berputus asa dengan rahmatnya...maka kita tiada sebab untuk jemu dan berputus asa memohon kempunannya....
sedikit petikan hadis..."hai bani Adam,seandainya dosamu memuncak di langit,selagi mana kamu tidak pernah menyekutukanku,maka aku isi dengan kempunan......
maka,selagi nyawa dikandung badan,selagi terbenamnya matahari mengikut aturan..jangan pernah berhenti bertaubat...mohon keampunan...
mungkin hari ini kita insaf,mungkin esok pula kita lupa..tapi siapa tahu tentang esok,siap tahu tentang nyawa..taubat aku,taubat kau,taubat kita..hanya Allah yang maha berkuasa....jika rahmat yang dicampakkan beruntunglah bagi pemiliknya...jika murka dariNya maka celakalah kita...
kerana Dia Tuhan,sedang kita hanya hamba...

perjalanan hamba Allah di bumi Okayama,Jepun...
http://matadewa.fotopages.com

Care to comment?


Sunday, 5-Apr-2009 15:11 Email | Share | | Bookmark
hanami kat handayama...okayama..bnyk yama...

bapak borek anak rintik...
 
 
View all 12 photos...

eh2 gmbq aku xda ka dewa?aish. Wed 8-Apr-2009 07:39
Posted by:perd losfelis@gmail.com
Add comment


Thursday, 2-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
okayama....2 april....sejuk tapi bermakna

kdtangan aku dsambut dgn rose pink...!!
ni yg rmai ckp okayama 2 kmpung sgt...tgk sndiri
x lme lg cni tmbuh padi!
View all 14 photos...
bismillahirrahmanirrahim...
pkl 6.00 ptg...dgn suhu mencecah 10 darjah celcius,perjalana pertama meggunakan basikal,menjelajah kawasan terdekat sekitar okayama....
hasil tidak mengecewakan,aku dan len2 smpai satu kawasan gunung-ganang,dikelilingi sungai,bandar dan kawasan perumahan...misi=menuggu matahari terbenam....
ulasan hasil tangkapan foto= x terungkap kata2..tgk sendiri...termasuk bunga sakura yg mnjadi bnda besa kt okayama......
aku sgt2 brsyukur smpai dan ditakdirkan blajar kt okayama....


#ade sdikit foto2 len sblom aku smpai ke okayama..
#nntikan foto2 len plak...

Care to comment?


Wednesday, 1-Apr-2009 02:40 Email | Share | | Bookmark
selama berada di jepun...ampunkan dosa2 aku ya allah...

bismillahirrahmanirrahim...
spanjang berada djpon..cabaran paling besar buat aku ialah menjaga solat...smstinya solat subuh...dkat okayama,subuh msuk pkul 4.30 n abes pkol 5.51 buat msa skarang...
moga2 aku dikuatkan hati dan tidak berputus asa trhadap rahmat allah...
ari ni plan utk amek gmba dkat sekitar okayama..sprti biasa 0% editing n 100% manual handling...

Care to comment?


Saturday, 28-Mar-2009 15:34 Email | Share | | Bookmark
japan....29 mac....Ginza City

da lma x jmpa bahasa mlysia kt jpon
cmna pon x bole lawan mamak
yatto,mitsuketa....
View all 7 photos...
bismillahirrahmanirrahim...
ari ni hajat untuk ke akihabara x ksampaian,tp alhamdulillah,pengalaman nek tren dan silap tren serta men hentam tren dalam perjalanan ke Ginza City x bole dibeli dengan 'wang yen'...smpat jmpa kakak angkat ramdhan yang fasih berbahasa melayu..sangat2 fasih!
hajat tercapai...aku da beli filter kamera yang aku idamkan,satu polarize filter(utk kurangkan cahaya,f'lare', pantulan serta kilauan cahaya.....1 lagi ND filter,untuk wat kesan berais dan gebu
x berhajat tapi dimurahkan rezeki...aku dpt mrasa makanan Malaysia dekat restoran Jom Makan,mcm2 ada kt c2...char koey teow,nasi goreng kampung,roti canai..dan len2..harga?agak mencanak!rsa agak kagum dengan seorang mamat jepon merangkap pelayan yang lengkap berbaju melayu hijau,bersamping batik sambil penuh bergaya manarik teh tarik!
da lama berhajat namun terkubur kerana merasakan agak mustahil tapi da jadi kenyataan...dihadapan kornea aku,berdiri bangunan NIKON HOUSE!!aku yg x brapa suka amek gmbar sndiri,ari ni aku amek gmbar depan kedai 2...alang2 menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan....alang-alang da smpai depan kedai rugi klo x masuk,maka terbangkitlah nafsu aku bila tengok lensa 50mm 2nd hand berharga cuma rm150..
barang2 yang da dibeli...2 filter,1 lensa dan kamus elektronik,,sperti yg telah aku janji,sudh smpai masa aku stop hobi aku..maka esok smpai saja aku kat okayama,aku akan cuba sedaya upaya xkan beli da sebarang makhluk yang ada ikatan kekeluargaan dengan kamera
next.....OKAYAMA....


#note:gambar tanpa flash dan x smpat sangat 'setting' sebab cahaya berubah ubah ikut tempat.penat dan silap train..tp amek jgak sbb pas ni susah cket nk jln2 tokyo...sumimasen














super cool entry
Sun 29-Mar-2009 08:18
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 27-Mar-2009 13:55 Email | Share | | Bookmark
solat jumaat di jepun...

wahai orang2 yang beriman!apabila telah diseru untuk melaksanakan salat pada hari jumaat,maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual bel.Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui
Al-Jumu'ah(62)

seluar jeans edwin,baju ragbi australia,kopiah amek dari bilal(hilmi)...itu pakaian khatib ari ni time bca khutbah..aku.
selalu jadi perselisihan,kesulitan,kepeningan tentang solat jumaat,sama ada bole dilakukan walaupun jumlah makmum tidak mencapai 40 orang
berdasarkan ayat diatas,beberapa ulama sepakat yanag solat jumaat perlu boleh dilaksanakan walaupun hanya 2 orang(mengambil kira solat jumaat wajib dilaksanakan secara berjemaah)
tradisi dan adat itu kadang2 cantik,tp bila tradisi dan adat mengatasi syariat,maka agama itu hilang mudahnya..kerana apa yang penting dalam solat jumaat ialah Allah mengajar kita untuk tegakkan syariat...
pujian kepada Allah,nabi dan peringatan akan taqwa..rukun yg perlu dicukupkan,tak dilupakan 2 khutbah serta doa kepada muslimin..
tiada tongkat,jubah hitam,khutbah dengan laptop...tapi moga2 harap rukun dipenuhi,ibadah diberkati,dosa diampuni dan syariat dilaksanakan

gomen,ari ni xde gmba....esk insyaAllah ada.....akiba....

Care to comment?


Thursday, 26-Mar-2009 13:57 Email | Share | | Bookmark
26 mac....japan....

 
 
 
View all 6 photos...
maka bersabarlah engkau (muhammad) terhadap apa yang mereka katakan,danbertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum matahari terbit dan terbenam"
al-qaf(39)

suhu 3 darjah celcius,hujan renyai2..sgt2 dingin tapi nyaman bila mana al-mathurat dilafazkan satu persatu..tasbih memuji Allah atas persaksian hambanya kepada pencipta..
4.30 pagi masuk waktu subuh,cabaran paling besar bila mana berwudhu,tapi dalam hati dikuatkan"aku sayang Allah,aku mesti amek wudhu jugak"...hanya itu termampu bagi hamba yang tidak bertimbun

swonOk2~~~ Thu 26-Mar-2009 15:57
Posted by:cecHa  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.